Kindergarten Percuma untuk anak anda, macam mana nak dapat?

Kindergarten Percuma untuk anak anda, macam mana nak dapat?: Video infomercial tentang Prasekolah daripada GTP Program Transformasi Kerajaan.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mari bercerita: Kurang air

Sahabat 1: Panas betul ye arini?
Sahabat 2: Betul tu, rasenye da dekat sebulan tak ujan kawasan kampung kite ni.
Sahabat 1: Tambahan lagi sekarang ni bulan ramadan. Aku pun da cam dehydrated ni..kurang air la katekan.
Sahabat 2: Tengok muke ko pun aku da tau ko memang kurang air ni. Jom aku blanje ko air.
Sahabat 1: Wah pucuk di cite ulam raja yang datang ni.

5 minit kemudian....

Sahabat 1: Mat, bazar ramadhan mane ko nak bawak aku ni..cam da salah arah je ni..ni jalan ke surau ni..
Sahabat 2: Eh memang la ke surau, da dekat asar ni. Ble la aku blanje ko 'air semayang'.
Sahabat 1: Erk..
Sahabat 2: Hehe..jgan risau, lepas semayang kite bertolak ke bazar ye..

cite ni adaptasi dari komik ujang yang penah dibace dulu2 mse kecik2..sape pelukisnye waallahualam..tp jalan cite komik ni terlintas di fikiran semasa membace sebuah hadis..

Daripada Abu Hurairah (r.a), bahawa Rasullullah s.a.w bersabda: 'Apabila seorang hamba muslim atau mukmin berwudhuk lalu membasuh mukanya, maka keluarlah dari wajahnya itu semua dosa yang terlihat oleh pandangan matanya bersama titisan air atau bersama titisan air yang terakhir. Apabila die membasuh kedua tangannya maka keluarlah dari kedua tangannya itu semua dosa yang dikerjakan oleh kedua tangannya bersama titisan air, atau bersama titisan air yang terakhir hingga keluar bersih dari dosa-dosanya. Dan apabila dia membasuh kedua kakinya maka keluarlah semua dosa yang dikerjakan oleh kedua kakinya bersama siraman air atau bersama titisan terakhir hingga keluar bersih dosa-dosanya'
(Diriwayatkan oleh Muslim)

Hadis ini sahih. Ia dikeluarkan oleh Muslim 1/32 (215)

Di ambil daripada kitab Riyadus Salihin karya Imam al-Nawawi hadith ke 131 bab 13: Penjelasan betapa banyak jalan menuju kebaikan.


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Keberkatan

Tiada yang lebih indah dalam kehidupan ini apabila mendapat keberkatan daripada-Nya:

keberkatan...

menjadi penenang walaupun sibuk..
menjadikan rzeki yg sikit trase cukup..
menjadikan tinggl di pondok bagaikan di istana..
menjadikan

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mari Bercerita: Kapten Kapal dan Mekanik




Bertempat di sebuah pulau yang terpencil berdekatan dengan kepulauan borneo terdapat sebuah kapal laut yang tersadai di pelabuhan kerana enjinnya yang rosak..

Kapten kapal tersebut berasa sangat bingung dengan masalah itu dan berusaha mencari mekanik terbaik dari seluruh pelusuk dunia untuk membaiki kapalnya yang rosak itu..

Mekanik dari switzerland, german, dan banyak lagi negara, satu persatu dipanggil untuk membaiki enjin kapal lautnya yang rosak..namun kapten kapal tetap hampa dengan hasil yang ditunjukkan. Enjin kapal masih tidak dapat dihidupkan..

Pada suatu hari..kapten kapal ada mendengar khabar angin yang memberitahu terdapat seorang lelaki separuh umur di negara berhampiran yang sangat mahir membaiki bot dan kapal laut. Tanpa melengahkan masa, kapten kapal mengarahkan anak kapalnya menjemput mekanik kapal tesebut untuk membaiki enjin kapalnya yang rosak..

Mekanik itu datang dengan membawa perkakasannya yang berupa tukul, skrew driver, spanar dan macam-macam lagi sebagaimana kebiasaannya yang dibawa oleh seorang mekanik..

Kapten kapal dengan pantas mengarahkan mekanik tersebut pergi ke bilik enjin kapal yang terletak di bahagian bawah kapal tersebut. Sampai disana, mekanik itu memerhatikan sekeliling sambil dirinya sendiri diperhatikan oleh kapten kapal.

Setelah agak lama mekanik tersebut memerhatikan keadaan enjin kapal itu, die kemudiannya mengeluarkan sebuah tukul dari beg perkakasnya dan mengetuk satu skru yang difikirkannya telah longgar. Mekanik tersebut kemudian mengarahkan kapten kapal untuk menghidupkan enjin kapal. Dengan izin Tuhan, enjin kapal tersebut berjaya dihidupkan hanya dengan sedikit ketukan tadi.

Walaupun terkejut dengan kejadian itu, kapten kapal tetap membuat muka tenang untuk mengelakkan dirinya difikirkan tidak profesional..

Kapten kapal kemudiannya dengan bongkaknye meminta bil untuk bayaran daripada mekanik  itu.

Mekanik tersebut dengan tenang memberitahu bahawa bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM10000.

Mendengar harga yang sangat mahal itu Kapten kapal menjadi marah. Katanye "hanya dengan sekali ketuk sahaja pun RM10000?ini tidak nasuk dek akal!". Nadanya keras. Kerana tidak berpuas hati dengan harga yang dikenakan mekanik itu, kepten kapal meminta agar mekanik tersebut mengeluarkan satu resit lengkap dengan senarai harga yang dikenakan (itemised bill).

Mekanik dengan selambe mengeluarkan selembar resit dan menulis:

Penukul                              RM1.50
Tahu dimana mahu diketuk RM9998.50
-------------------------------------------
Jumlah                                RM10000

Melihat resit yang diberikan oleh mekanik itu, kapten kapal menggaru kepala serta tidak terkata dan mengalah dengan harga yang dikenakan oleh mekanik tersebut.


p/s: ilmu itu penting, mengetahui cara menggunakan ilmu itu lebih penting

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Persepsi Diri


"Dan tuturkanlah kamu dengan perlahan atau nyaring, (sama saja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada". (Al-Mulk:13)

 Kenapa kite susah bangun subuh ye? Ini jawapannya:-

Abu Hurairah r.a telah berkata: Sesungguhnya Nabi s.a.w telah bersabda: “Syaitan akan mengikat hujung kepala seseorang yang sedang tidur dengan tiga ikatan, menyebabkan kamu tidur dengan cukup lama. Apabila seseorang di antara kamu itu bangun seraya menyebut nama Allah (membaca doa bangun tidur), maka akan terlepaslah ikatan yang pertama. Apabila dia mengambil wudhuk maka akan terbukalah ikatan yang kedua. Apabila dia solat maka akan terbukalah ikatan semuanya. Dia juga akan merasakan suatu kesegaran dan ketenangan dalam hati, jika tidak dia akan merasa malas dan kekusutan hati”. (HR Muslim)

Aku sedang dalam proses perubahan. Aku harap perubahan yang lebih baik..Aku selalu berniat nak bangun sembahyang subuh berjamaah di surau..Tapi dalam kebanyakan masanye tertewas saje..hari jumaat adalah hari yang agak kuat untuk aku bangun subuh di surau..tapi hari-hari lain payah yang amat! Teruk sekali!! Aku slalu bangun dengan kekecewaan kerana gagal untuk mengajak diri sendiri bangun..gagal memaksa diri sendiri..mungkin kerana diri-ku masih jauh dari-Nya..aku mahu dekat dengan-Nya..Tapi mungkin salah aku dari permulaan lagi.."permulaan yang baik selalunya berakhir dengan baik"..mungkin aku terlampau penat dan tidur tanpa bace doa..huhu..teruk berkali-kali..

Susah bangun subuh tu dah satu hal..pas solat subuh tido balik pun satu hal.."Early bird catches worm", "Tak elok tido lepas subuh, lari rezekinye nanti", itu adalah dua ayat yang selalu aku dengar..yang membawa maksud yang sama..atau bahasa kasarnye "oit, jangan tido lepas subuh la!!"

Memang diakui aku pun dulu selalu tidur lepas subuh. Terutamanye semasa aku masih belajar di universiti dulu. Sejak dah bekerje ini mesti la dah tak ade mase (atau peluang?) untuk tidur lepas subuh..tapi itu la sebenarnye yang menyedarkan aku tentang kelebihan orang yang berusaha awal pagi. Kesusahan dan pengorbanan untuk mencari rezeki. Pengertian yang harus aku fahami dan lalui untuk bergelar dewasa. Mengingatkan aku semasa kecilku. Mengingatkan kepada Mak dan Ayah yang awal-awal pagi lagi dah ‘ngobor’ mencari rezeki yang halal dan berkat.

Fadhilat sembahyang subuh berjamaah ni banyak sangat..sedangkan solat sunat subuh pun dah sgt byk pahalanye apatah lagi solat subuh tu sendri..aku lebih suke memikirkan bahwa  apa yang aku wat seperti solat adalah satu tanggungjawap kepada Yang Maha Pencipta..menunjukkan rase syukur aku..ganjaran itu bergantunglah kepada yang Maha Kuasa..aku suke melakukan tanggungjawab ni..tu yang penting..

Daripada Aishah r.ha; Nabi s.a.w bersabda: “Dua rakaat sebelum solat subuh adalah lebih baik daripada dunia dan segala apa yang ada padanya” – HR Muslim

Daripada Uthman bin Affan r.a; Nabi s.a.w bersabda: “Siapa yang menunaikan solat isyak berjamaah, ia mendapat ganjaran seolah-olah ia melakukan qiamullail separuh malam. Siapa yang solat subuh berjamaah, ia mendapat ganjaran seolah-olah ia melkukan qiamullail sepanjang malam” – HR Muslim

Berapa kali sangat la kite ber-qiamullail..sebulan sekali?setahun sekali? atau seumur hidup sekali? 

Yang lebih sedih adalah bila melihat orang-orang lain yang tidak peduli tentang sembahyang..aku jadi sedih, kesian..aku akui, aku belum ade kekuatan untuk menegur secara berhadapan..malah aku juga bukan seorang yang pandai berbahas dan berkata-kata..apa yang boleh aku tunjukkan cume pendirian aku..

Seorang ustaz pernah menceritakan bahawa nilai satu rakaat solat fardhu bersamaan dengan 70 rakaat solat sunat. Kalau tinggal solat zohor sudah 4 x 70 = 280 rakaat solat sunat kene ganti! Tapi solat fardhu dah ditinggalkan takkan tibe-tibe rajin solat sunat..Ya Allah berilah kami petunjuk ya Allah..


Pernah dengar tak orang cakap “buat kalau tak ikhlas nak watpe”. Buat benda baik kalo nak tunggu ikhlas bile nak buat? esok? lusa? tulat? bulan depan? atau tahun depan?..aku belajar banyak perkara dari paksaan..dari paksaan la lame kelamaan akan timbul minat dan rase seronok dengan sesuatu..kemudian rase ikhlas akan terbit dalam hati..macam dulu kecik-kecik selalu kena pakse ngan arwah ayah pegi surau..mase tu pergi ngan muncung sejengkal!

“Apa yang kau suka tidak semestinya baik untukmu dan apa yang tidak engkau suka tidak semestinya buruk untuk kamu” - sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang baik dan buruk untuk kamu.

"Betulkan diri sendiri dulu baru nasihatkan orang lain"..aku rase diri aku belum baik, sangat banyak kelemahan aku, ilmu agama aku pun sangat sedikit..”macam la ko tu baik sangat”, sindir seseorang kepada seorang ahli surau..Jawapan untuk itu sebenarnya senang je..”sebab die rasekan dirinya belum cukup baik la banyaknya dia beramal, beribadat dan sujud kepada yang Esa, meminta panduan daripada Yang Mencipta”. Bagi yang tidak sujud tu sudah cukup hebat ke?

Wallahu’allam


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Mother,Ummi,Emak,Mama: We Love You





I will return oh mother لسوف أعود يا أمي
And kiss your chaste head أقبّل رأسك الزاكي
And supress (blame?) my desires أبتّك كل أشواقي
And taste the scent of your blessings وأرشف عطر يمناك
Besmirch in the richness of your feet أمرغ في ثرى قدميك
my cheek when I meet you خدي حين ألقاك
Water the soil with my tears أروي الترب من دمعي
Happy that you are aliveسرورا في محياك


How many nights did you stay up late فكم أسهرت من ليل
So that I could sleep to my content? لأرقد ملأ أجفاني
And how many times did you thirst وكم أظمأت من جوف
So you could quench my thirst with your tenderness? لترويني بتحناني
And one day I was Ill, I do not forget ويوم مرضت لا أنسى
The tears from you that were like the rain دموعا منك كالمطر
And your eyes which stayed awake وعينا منك ساهرة
fearing that I may be in danger تخاف علي من خطر
And the day we parted at dawn ويوم وداعنا فجرا
and Oh what a harsh dawn that was وما أقساه من فجر
Words cannot explain what يحار القول في وصف الذي
I felt when I abandoned you لاقيت من هجري
And you told me things which I still وقلت مقولة لا زلــت
remember throughout my life مدّكرا بها دهري
"You will never find a heart محال أن ترى صدرا
more tender towards you than mine" أحن عليك من صدري
"You will never find a heart محال أن ترى صدرا
more tender towards you than mine" أحن عليك من صدري


CHORUS


obedience to you, oh want of my life.. ببرك يا منى عمري
[is what] the God of existence has instructed me to do. إله الكون أوصاني
Your content is the secret of my success رضاؤك سر توفيقي
And my love of you is the secret of my beleif وحبك ومض إيماني
And the sincerety of your prayer [for me].. وصدق دعائك انفرجت
has resolved my misfortunes and my sadness به كربي وأحزاني
My love towards you.. ودادك لا يشاطرني
no human being loves anything like it به أحد من البشر
You are the beating of my heart فأنت النبض في قلبي
And you are what lights my vision وأنت النور في بصري
And you are the tune on my lips وأنت اللحن في شفتي
My problems cease when I see your face بوجهك ينجلي كدري
To you I do return oh mother إليك أعود يا أمي
Tomorrow I rest from my journey غدا أرتاح من سفري
And a second age will begin for me ويبدأ عهدي الثاني
and the branches will blossom with flowers ويزهو الغصن بالزهر





"Sembahlah Allah dan jangan kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apapun dan berbuat baiklah kepada kedua orang ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan tetangga yang jauh, teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu" (Surah al-Nisa':36)

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang diantara keduanya atau kedua-duanya menjangkau umur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sekali-kali kamu mengatakan kepada keduanya perkataan 'uft (ah) dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua denga penuh kasih sayang dan ucapkanlah: "Wahai Tuahnku, kasihanilah mereka berdua, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil." (Surah al-Isra':23-24)

Daripada Abu Hurairah r.a beliau berkata: "Ada seorang lelaki datang kepada Rasullullah s.a.w lalu berkata: "Wahai Rasullullah, siapakah orang yang paling berhak saya temani dengan baik?" Baginda menjawap: "Ibumu". Dia bertanya: "Kemudian siapa lagi?" Baginda menjawap: "Ibumu". Dia bertanya lagi: "Kemudian siapa lagi?"Baginda menjawap: "Ibumu". Dia bertanya: "Kemudian siapa lagi?" Baginda menjawab: "Ayahmu". (Muttafaq 'alaih)


Mendengar lagu ni mengingatkan kepada emak di kampung..sedang buat ape? sehat ke? dah makan ke?....tuuut..tut..tuuut..tut..tuuut..tut.."hello assalamualaikum mak..mak sehat?"..

Bukan harta kebendaan yang dipinta, cume sedikit perhatian dan kasih sayang yang diharapkan dari anak tersayang..
Terima Kasih mak..
Selamat Hari Lahir mak..


  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Indah Sebalik Musibah




“Dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang  yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: ‘Innalillahi wa inna ilaihi raji’un’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhannya, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk” – (Surah Al-Baqarah 155-157)

Perkara pertama yang perlu diingati dalam menghadapi musibah ialah beringatlah bahawa kita merupakan seorang hamba, yang mana keluarga dan hartanya adalah milik Allah. Segalanya adalah miliknya. Semua yang diberikan kepada seorang hamba hanya pinjaman semata.  Jika Allah mengambilnya semula tidak lain seperti  tuan mengambil  barangnya semula yang dipinjamkan kepada orang lain.

Perkara kedua yang perlu dingati semasa berhadapan dengan musibah ialah beringatlah bahawa kesudahan dan destinasi akhir seorang hamba tidak lain hanya kepada Allah, Yang Maha  Pemurah lagi Maha Penyayang, Tuhan Sekalian Alam.

Dalam As-Musnad diriwayatkan bahawa Rasullullah s.a.w bersabda:

“Setiap orang yang ditimpa musibah lalu ia mengucapkan ‘Innalillahi wa inna ilaihi raji’un (sesungguhnya kami adalah milik Allah dan sesungguhnya kapada-Nyalah kami akan kembali), ya Allah, berikanlah kepadaku pahala atas musibah yang menimpaku ini dan berikanlah kepadaku pengganti yang lebih baik darinya,” ia akan mendapat pahala dari Allah dengan musibah tersebut dan pengganti yang lebih baik daripadanya.”

Perlu juga disedari bahawa segala yang menimpa seseorang tidak akan pernah meleset. Manakala segala yang tidak akan menimpanya tidak akan pernah mengenainya. Tidak faham? Dengan kata lain, kehidupan setiap manusia itu telahpun ditetapkan. Sebagai manusia perlu lah seyakin-yakinnya meyakini ketentuan Allah, yang Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

“Tiada sesuatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Loh Mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri” – (Surah Al-Hadid: 22-23)

Pandanglah musibah itu sebagai satu ujian yang akan diberi ganjarannya kelak. Sedarlah bahawa Allah telah menyediakan sesuatu yang lebih kekal dan lebih baik dari musibah itu. Jika dihadapi dengan reda dan sabar, tentunya sesuatu yang lebih baik menunggunya di akhirat kelak.

Tiada yang kekal di dunia. Jika kite mempunyai sesuatu yang boleh membuat kita tertawa sedikit, ia juga boleh membuatkan kita menangis berpanjangan. Jika ia boleh menggembirakan kita pada suatu hari, ia juga boleh menimbulkan kesedihan. Jika ia memberi nikmat pada suatu hari, pada hari yang lain ia kan melenyapkan banyak kesenangan. Setiap kali Allah mengisi suatu rumah dengan kebaikan, pasti ia akan mengisi rumah itu dengan cubaan dan dugaan.

Menghadapi musibah sebenarnya akan menonjolkan siapa diri kita terhadap yang Maha Pencipta. Jika kita meredhai musibahnya, maka pahala redhalah yang akan dikecapinya. Jika kita mengutuk musibahnya, maka dosa lah yang akan membelenggu dirinya. Kita hanya dapat sesuatu sesuai dengan sikap kita sahaja, tinggal pilih yang paling elok dari sikap itu atau memilih yang paling buruk.

“Sesungguhnya apabila Allah mencintai seorang hamba, nescaya Allah akan memberi cubaan kepadanya. Sesiapa meredhainya, nescaya ia akan mendapat pahala redha, dan sesiapa kecewa, ia akan mendapat ganjaran kekecewaannya”

Daripada Anas r.a beliau berkata bahawa Rasullullah s.a.w bersabda: “Apabila Allah menghendaki kebaikan kepada seorang hamba-Nya, Dia menyegerakan hukuman untuknya di dunia. Dan apabila Allah menghendaki keburukan Dia menahan hukuman daripadanya kerana dosanya hingga Dia menunaikannya pada hari kiamat kelak” .
Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya besar balasan (pahala) bergantung kepada besarnya bala (cubaan). Sesungguhnya Allah apabila Dia mencintai satu kaum pasti Dia menguji mereka; barangsiapa reda, baginya adalah reda Allah, dan barangsiapa murka, baginya adalah murka Allah” – HR Al-Tirmizi 




  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS